Sunday, September 21, 2014

TIPS BAGAIMANA MENGEKALKAN AWET MUDA

1. Sentiasa Berfikiran Positif

Keadaan emosi yang positif pada usia muda akan membantu menghilangkan rasa cemas dan dapat memanjangkan usia anda. Terdapat kajian yang menunjukkan hubung kait di antara sikap seseorang dengan kesihatan fizikal dan mentalnya.


2. Bersenam
Orang yang selalu bersenam akan kelihatan lebih muda dari usianya. Senaman bertindak sebagai ejen anti penuaan dengan cara mengurangkan tindak balas negatif akibat stress. Berat badan yang ideal akan lebih mudah diperolehi dan dikekalkan dengan bersenam serta dapat mengurangkan risiko penyakit jantung apabila kita bersenam secara konsisten.


3. Mengawal Stress
Kajian menunjukkan bahawa 60% - 90% individu mengunjungi ke pusat psikiatris kerana mengalami stress di dalam hidup mereka. Perasaan stress atau tertekan kerana sesuatu hal akan memberikan kesan peningkatan garis kedutan pada wajah.


4. Memakan Makanan Yang Kaya Dengan Anti Oksidan
Makanan anti oksidan juga merupakan sebagai anti penuaan. Antara makanan yang mengandungi anti oksidan yang tinggi adalah brokoli, tomato dan  buah-buahan dari keluarga beri seperti blueberi, acai raspberry dan sebagainya.


5. Makanan Yang Tinggi Serat
Personaliti terkenal, Dr. Oz menjelaskan bahawa salah satu kunci awet muda adalah dengan menjaga sistem percernaan kita. Tubuh badan kita memerlukan anggaran 25gram serat setiap hari. Serat dapat ditemui di dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan juga makanan bijirin seperti gandum.


6. Berhenti Merokok
Kajian menunjukkan bahawa jika anda berusia 50 tahun dan anda merokok, maka anda akan memotong 7 tahun usia anda. Merokok juga membuatkan kulit anda menjadi kedut dan akan kelihatan lebih tua.


Monday, September 15, 2014

Umum tahu Stevia adalah GULA yang selamat digunakan malah ianya memberi kesan yang baik terhadap tubuh badan dan ianya boleh digunakan oleh pesakit kencing manis dan darah tinggi, malah GULA stevia mampu menurunkan paras GULA dan menurunkan Darah tinggi.. 


stevia

Wednesday, June 25, 2014

KEBAIKAN POKOK MANIS STEVIA BERBANDING GULA BIASA

KEBAIKAN POKOK MANIS STEVIA BERBANDING GULA BIASA
-------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan? 

• Gula tidak menjejaskan mana-mana bahagian tubuh tetapi ia merubah kimia darah.
• Gulatidak menyebabkan sakit jantung secara lansung tetapi ia menjadikanplatelet darah melekit dan ini meningkatkan risiko pembekuan darahdalaman yang boleh membawa kepada serangan jantung dan strok melaluilemak darah.
• Gula adalah satu penyebab kegemukan kerana 1 gramgula memberi anda 4 kalori tanpa sebarang khasiat lain. Pengambilankalori atau gula berlebihan yang tidak digunakan oleh tubuh akanditukar menjadi lemak.
• 24 sudu teh gula boleh menyebabkan keberkesanan sel darah putih menurun sebanyak 92% dan ini memakan masa sehingga 5 jam.
• Proses penuaan menjadi lebih cepat menerusi pemecahan oksigen akibat pengambilan gula.

Antara ciri-ciri stevia ialah:
---------------------------------
Pemanis semula jadi
Menurunkan kadar gula dalam darah
Melawaskan kencing
Menurunkan tekanan darah
Membunuh bakteria
Membunuh kulat
Membunuh virus
Mengurangkan keradangan
Membantu menurunkan berat badan.
Ciri paling unik mengenai "STEVIA" ialah :
----------------------------------------------------
> ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. 0 kalori.
> Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. 
> Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. 

Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid.