Showing posts with label testimonial. Show all posts
Showing posts with label testimonial. Show all posts

Sunday, August 2, 2015

Saya Terlewat atau Pakcik Yang Terlambat?

Saya ada jumpa seseorang yang menghidap kencing manis beberapa bulan lalu.. 

Sebelum dia kena potong kaki.. waktu tu saya rasa dia mungkin anggap saya nk jual barang.. sebenarnya saya nk bagi free pada dia.. 
Tetapi dia menolak dengan memberi alasan doktor tak bagi cuba itu ini.. then saya pon diam.. 

Kemudian sekali lagi saya ke rumah dia sambil membawa 3 botol stevia dengan harapan dapat berjumpa dan menghadiahkan pada dia tetapi sampai saja dirumahnya anaknya memberi tahu..
"Abah baru je ke hospital" Ahhh.. saya terlewat atau dia yang terlambat..

Tadi saya terjumpa pesakit itu tapi sayang kakinya dah kena potong.. saya duduk dekat dia dan tunjukkan pic testimoni kaki yg lebih teruk dari dia...

Kemudian dia berkali2 cakap kenapa tak bgtau dia sebelum kaki dia kena potong..

*jem* 

padahal saya dah bgtau awal dulu dia langsung tak sudi nak cuba.

Saya suruh isteri dia ambil air suam dan saya titiskan stevia dalam air dia.. dia terkejut kemanisan yang agak kuat sedangkan selepas potong kaki dia tak boleh nak minum manis lagi.. 

Dia rasa kecewa sbb tak cuba stevia RCC sebelum ni..
Saya hadiahkan sebotol baki pembelian bulanan saya masih ada 1 botol dalam handbag..

Bagaimanapun saya beritahu dia kita masih mempunyai organ-organ yang penting untuk diselamatkan selain kaki.. jadi selamatkanlah apa yang ada. Supaya kita tidak menyesal.