Sunday, September 21, 2014

TIPS BAGAIMANA MENGEKALKAN AWET MUDA

1. Sentiasa Berfikiran Positif

Keadaan emosi yang positif pada usia muda akan membantu menghilangkan rasa cemas dan dapat memanjangkan usia anda. Terdapat kajian yang menunjukkan hubung kait di antara sikap seseorang dengan kesihatan fizikal dan mentalnya.


2. Bersenam
Orang yang selalu bersenam akan kelihatan lebih muda dari usianya. Senaman bertindak sebagai ejen anti penuaan dengan cara mengurangkan tindak balas negatif akibat stress. Berat badan yang ideal akan lebih mudah diperolehi dan dikekalkan dengan bersenam serta dapat mengurangkan risiko penyakit jantung apabila kita bersenam secara konsisten.


3. Mengawal Stress
Kajian menunjukkan bahawa 60% - 90% individu mengunjungi ke pusat psikiatris kerana mengalami stress di dalam hidup mereka. Perasaan stress atau tertekan kerana sesuatu hal akan memberikan kesan peningkatan garis kedutan pada wajah.


4. Memakan Makanan Yang Kaya Dengan Anti Oksidan
Makanan anti oksidan juga merupakan sebagai anti penuaan. Antara makanan yang mengandungi anti oksidan yang tinggi adalah brokoli, tomato dan  buah-buahan dari keluarga beri seperti blueberi, acai raspberry dan sebagainya.


5. Makanan Yang Tinggi Serat
Personaliti terkenal, Dr. Oz menjelaskan bahawa salah satu kunci awet muda adalah dengan menjaga sistem percernaan kita. Tubuh badan kita memerlukan anggaran 25gram serat setiap hari. Serat dapat ditemui di dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan juga makanan bijirin seperti gandum.


6. Berhenti Merokok
Kajian menunjukkan bahawa jika anda berusia 50 tahun dan anda merokok, maka anda akan memotong 7 tahun usia anda. Merokok juga membuatkan kulit anda menjadi kedut dan akan kelihatan lebih tua.


No comments:

Post a Comment